Ingat.

'Biar lambat asal selamat' Ingatlah orang tersayang. Bernilainya nyawa tiada galang gantinya.

9 SEBAB KENAPA PEMANDU MALAYSIA PALING TERUK DI DUNIA





Terdapat banyak sebab mengapa rakyat asing menganggap rakyat Malaysia sebagai pemandu paling teruk di dunia. Jika kita mengkaji secara mendalam mengapa kita sebagai pemandu-pemandu di Malaysia dianggap begitu oleh rakyat asing, pastinya antara sebab tersebut ialah:
1) Disiplin yang lemah di kalangan pemandu
Disiplin yang lemah menyebabkan ramai pemandu di Malaysia mengabaikan undang-undang di jalan raya. Contohnya seperti apabila menghadapi lampu isyarat merah, terdapat beberapa yang memilih untuk mengabaikannya dan sekaligus melanggarnya. Telah banyak berlaku kemalangan-kemalanga maut akibat daripada tindakan melanggar lampu isyarat merah ini.
2) Tidak mematuhi lampu isyarat
Sekali lagi, disebabkan disiplin yang lemah, pemandu-pemandu dan penunggang motosikal lebih cenderung untuk mengabaikan lampu isyarat. Ini merupakan satu lagi contoh di mana pemandu tidak mengikuti lampu isyarat. Jika diperhatikan terdapat beberapa kenderaan yang pada mulanya berhenti ketika lampu merah akan bergerak kerana sudah tidak sabar lagi untuk menunggu terlalu lama. Sikap tidak sabar di lampu isyarat ini cukup berbahaya. Kemalangan-kemalangan boleh berlaku dengan mudah. Pemandu kereta adalah dinasihatkan untuk berfikir dengan berhati-hati mengenai ini.
3) Memotong di sebelah kiri jalan
Memotong di sebelah kiri jalan tidak dibenarkan kerana ia berbahaya. Tetapi pemandu-pemandu Malaysia kelihatan gemar untuk menggunakan cara ini ketika memandu. Selalu kita lihat penunggang motorsikal yang gemar untuk memotong di sebelah kiri jalan.
4) Memandu terlalu laju
Walaupun terdapat papan tanda had laju di sepanjang jalan raya, tidak ramai yang mematuhinya. Kebiasaannya had laju untuk lebuhraya-lebuhraya persekutuan ialah 80 atau 90 kilometer sejam manakala lebuhraya-lebuhraya yang menghubungkan antara negeri-negeri di Semenanjung Malaysia seperti Lebuhraya Utara Selatan, had lajunya ialah 110 kilometer sejam. Banyak kes kemalangan maut yang berlaku di negara ini adalah akibat daripada memandu terlalu laju. Oleh itu, sila patuhi had laju. “Biar Lambat Asal Selamat”.
5) Tidak berhenti di persimpangan
Ramai pemandu dan penunggang motosikal mempunyai satu kecenderungan untuk tidak berhenti di persimpangan. Terutamanya di simpang jalan yang tidak mempunyai lampu isyarat walaupun terdapat papan tanda “Berhenti” di situ. Cara sebegini mudah mengakibatkan kemalangan. Alangkah bagusnya jika semua pemandu di Malaysia dapat berhenti terlebih dahulu ketika di persimpangan. Kemudia lihat kiri dan kanan jalan, jika tiada kenderaan barulah anda boleh meneruskan perjalanan. Dengan ini sekaligus dapat mengurangkan kadar kemalangan.
6) Tidak memakai topi keledar
Walaupun terdapat satu undang-undang yang memerlukan penunggang dan pembonceng motosikal untuk memakai topi keledar, masih ramai yang tidak mengendahkannya terutama sekali di kampung-kampung dan kawasan pedalaman. Setiap tahun banyak kes kemalangan maut yang berlaku adalah melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal. Kerajaan telah melancarkan banyak kempen untuk menggalakkan orang awam untuk memakai topi keledar. Baru-baru ini dalam satu kempen, sejumlah 135,000 topi keledar telah diberikan secara percuma kepada penunggang motosikal.
7) Kegagalan untuk menggunakan isyarat bila membelok
Penggunaan isyarat-isyarat dan penunjuk-penunjuk bila membelok adalah penting. Ia sebagai petunjuk kepada kenderaan lain di belakang dan hadapan anda. Kegagalan pemandu memberikan isyarat secukupnya ketika memasuki simpang mungkin akan menyebabkan anda dirempuh dari belakang oleh pemandu lain.
8) Memotong di garisan-garisan berkembar
Memotong di garisan-garisan berkembar adalah tidak dibenarkan sama sekali. Oleh          itu, jangan sesekali melakukannya kerana ianya amat berbahaya. Kebiasaannya garisan-garisan berkembar ini ada di selekoh-selekoh tajam. Pemandu sama sekali tidak dapat melihat dengan jelas kehadiran kenderaan di hadapan. Ini juga merupakan faktor utama banyak kemalangan jalan raya berlaku di Malaysia.
9) Gagal berhenti di lintasan pejalan kaki
Di Singapura , kegagalan pemandu untuk berhenti di lintasan pejalan kaki ketika ada yang mahu melintas adalah satu kesalahan yang serius. Walaubagaimanapun, di Malaysia pemandu-pemandu lebih gemar untuk meneruskan perjalanan walaupun melihat ada pejalan kaki yang mahu melintas di lintasan tersebut. Sikap ini cukup mengecewakan kerana ianya tidak menunjukkan rasa bertimbang-rasa dan bertanggungjawab di kalangan pemandu di negara ini.

KESAN VANDALISME TERHADAP PAPAN TANDA JALAN RAYA




Assalamualaikum dan salam sejahtera, dalam artikel ke-3 ini saya akan membentangkan kesan buruk vendalisme terhadap papan tanda dan tempiasnya kepada nyawa dan keselamatan seseorang. 

Kita sedia ada tahu bahawa papan tanda yang telah disediakan oleh pihak berkuasa bertujuan untuk memudahkan pengguna jalan raya mengetahui arah yang ingin dituju, had laju sesuatu kawasan dan sebagainya.

Namun, wujud pula individu/kumpulan2 yang tidak bertanggungjawab mencuba untuk merosakkannya. Mengikut kajian saya, terdapat tiga punca utama berlakunya hal sedemikian. Yang pertama adalah untuk melepaskan geram, selain itu hanya untuk kepuasan hati semata-mata dan yang terakhir adalah untuk mencari keuntungan.

Saya pasti punca yang pertama dan kedua anda sudah ketahui maksudnya. Maka saya akan terus bergerak kepada punca yang ketiga melalui situasi di bawah :

Seorang pemandu van ambulan berkata,  

"“Tengok sendiri, kereta di depan bukannya nak beri laluan. Lambat ke tepi, macam mana kami nak pastikan ambulans cepat sampai. “Cuba lihat papan tanda jalan itu. Macam mana kita nak baca kalau penuh pelekat iklan. Sebab itu susah nak jumpa lokasi.”"

Adakah anda faham maksud saya melalui situasi di atas? Ya. Salah satu punca utama papan tanda sukar dibaca dan difahami adalah wujudnya iklan-iklan dan poster berkaitan perniagaan di papan tanda terbabit. Sudah pasti mereka yang menampal iklan-iklan sebegini hanya untuk mencari keuntungan semata-mata tanpa memikirkan keselamatan dan nyawa seseorang. 

Islam sendiri menghalang dan menegah perbuatan vandalisme yang boleh dikategorikan sebagai perbuatan fasad (kerosakan) seperti mana yang ditegaskan di dalam al-Quran di mana Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya”(Al Baqarah: ayat 11-12)
Program dan dialog perlu dianjurkan bagi mendidik orang ramai menghargai papan tanda arah dan kemudahan awam secara amnya. Selain itu,peranan agensi yang bertanggungjawab perlu dalam meningkatkan kualiti papan tanda arah di negara kita memandangkan pentingnya tanda arah yang jelas di suatu tempat. Sama-samalah kita menjaga kemudahan bersama kerana papan tanda tunjuk arah adalah penting.