Ingat.

'Biar lambat asal selamat' Ingatlah orang tersayang. Bernilainya nyawa tiada galang gantinya.

JOM Patuhi Papan Tanda Jalan Raya

 Assalamualaikum dan salam satu Malaysia sebagai pembuka bicara .
Pada hari ini , saya ingin menceritakan serba sedikit tentang kepeningan mematuhi papan tanda di jalan raya . Sesungguhnya terdapat faedah yang bakal kita peroleh jika kita bekerjasama , berganding bahu melakukannya bersama-sama .

Rakyat Malaysia seharusnya bersykur ke hadrat Illahi kerana menganugerahkanMalaysia sebuah negara yang aman damai serta maju .Kejayaan yang Malaysia tempa menjadikan Malaysia semakin dikenali di persada dunia .
Ini merupakan hasil usaha dan kerjasama antara pihak kerajaan dan rakyat .
Bagi mengekalkan suasana aman damai dan harmoni sekali gus mengekalkan 
kestabilan ekonomi dan politik negara , kerajaan telah melaksanakan pelbagai
dasar dan undang-undang untuk kebaikan rakyat Malaysia dan negara .
Antaranya ialah undang undang keselamatan jalan raya .
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya memudahkan kerja pihak kerajaan
dengan mematuhi pelbagai langkah keselamatn yang telah kerjaan lakukan antaranya 
papan tanda jalan raya . Faedah kita mematuhi papan tanda jalan raya bukan sahaja
memberikan kebaikan kepada pihak kerjaan sahaja malah untuk 
kebaikan dan keselasaan kita sendiri .

Pelbagai kebaikan yang akan kita peroleh jika kita bersama-sama mematuhi
papan tanda jalan raya . Antaranya , kita dapat mengurangkan kadar kematian rakyat Malaysia . Dada akhbar telah memaparkan pelbagai tragedi-tragedi yang menyayat hati
yang kebanyakannya berpunca daripada pemandu-pemandu yang tidak bertanggungjawab tidak mematuhi papan tanda jalan raya seperti mengurangkan had laju dan kanak-kanak melintas di hadapan .


Tragedi ini menyebabkan nyawa-nyawa insan yang tidak bersalah turut terlibat .
Pastinya ahli keluarga mangsa akan berasa sedih dan tidak adil dan berkemungkinan besar akan menyalahkan takdir . Ini menyebabkan mereka boleh mendapat dosa besar jika menidakkan qada' dan qadar . Tidakkah pembaca berasa bersalah jika tragedi ini berlaku kerana pembaca sendiri tidak mematuhi papan tanda jalan raya ? Lebih bersalah jika pembaca selamat manakala mangsa keadaan meninggal dunia ? Bagaimana pula antara ahli keluarga pembaca yang menjadi mangsa ? Marilah bersama-sama kita muhasabah diri . Sesungguhnya sudah terang lagi bersuluh bahawa jika kita mematuhi papan tanda jalan raya , kita dapat mengurangkan kadar kematian rakyat Malaysia .

Selain itu , kita dapat meningkatkan keselesaan rakyat Malaysia .
Bayangkan sekiranya ada beberapa buah kereta yang memakirkan kereta mereka di kawasan tempat papan tanda "dilarang memakir kereta" , apa yang akan berlaku ?
Biasanya papan tanda tersebut diletekkan di beberapa kawasan tertentu untuk mengelakkan berlakunya kesesakan . Jika jalan tersebut dipenuhi dengan kereta , pastinya kesesakan yang berlarutan akan berlaku . Pastinya keadaan ini akan menyesakkan jiwa dan raga para pengguna jalan raya . Lebih-lebih lagi jika di dalam kereta pembaca mempunyai anak-anak kecil yang membuat bising dan bergerak bebas kerana kebosanan. Dan yang lebih merisaukan jika terdapat ambulans yang membawa pesakit yang cedera marah dan memerlukan rawatan segera tersekat di jalan raya keran pembaca tidak mematuhi papan tanda jalan raya ? Jika pesakit tersebut tidak dapat diselamatkan , pembaca umpama telah membunuh saudara pembaca sendiri . Nauzubillahhiminzalik .


Selain daripada itu , kita dapat meningkatkan ekonomi dan kadar pelancong dari dalam dan luar negara . Apabila kita mematuhi papan tanda di jalan raya , kita dapat mengekalkan keharmonian negara . Ini menggalakkan kita sebagai rakyat Malaysia untuk melewati keindahan negara sendiri dan menggalakkan pelancong asing untuk melawat negara kita . Pelancong asing akan tertarik dengan keharmonian negara . Apabila semakin ramai pelancong yang hadir , semakin banyaklah hotel-hotel dan pelbagai kemudahan untuk disediakan . Apabila pelancong asing menggunakan perkhidmatan yang Malaysia jalankan , ia akan mendatangkan keuntungan kepada negara . Bukan sahaja negara , ia dapat mengurangkan kadar penganggur di Malaysia . Hal ini kerana , apabila semakin banyak hotel-hotel yang dibuka , semakin ramai pekerja yang diperlukan . Sesungguhnya benarlah bahawa antara kepentingan mematuhi papan tanda di jalan raya dapat meningkatkan ekonomi dan kadar pelancong di Malaysia .

No comments: