Ingat.

'Biar lambat asal selamat' Ingatlah orang tersayang. Bernilainya nyawa tiada galang gantinya.

Jejantas jadi 'perhiasan'


BEBERAPA individu melintas jalan raya tanpa menggunakan jejantas di bandar Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 7 Feb. - Perhiasan atau projek gajah putih?
Itulah persoalan mengenai kewujudan jejantas yang disediakan oleh kerajaan apabila sebahagian pengguna lalu lintas tidak memanfaatkan kemudahan tersebut untuk melintas jalan.
Sebahagian pengguna lalu lintas lebih suka mengambil jalan mudah dengan melintas menggunakan jalan raya walaupun risiko pejalan kaki yang tidak menggunakan jejantas adalah merbahaya dan boleh mengundang maut.

Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) membina jejantas di beberapa lokasi utama, selain menyediakan lampu isyarat untuk kemudahan orang ramai dengan satu tujuan iaitu membolehkan orang ramai melintas jalan raya yang sibuk dengan selamat.
Namun, tinjauan Utusan Malaysia di beberapa kawasan tumpuan orang ramai di sekitar bandar ini mendapati tahap kesedaran orang ramai terhadap penggunaan jejantas masih terlalu rendah apabila kemudahan itu tidak dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Bayangkan, dalam keadaan lalu lintas yang sesak dengan kenderaan yang bergerak agak laju, segelintir pejalan kaki 'berani mati' sanggup melintas jalan raya di bawah jejantas semata-mata malas memanjat anak tangga.
Tanpa mereka sedari, sikap malas dan sambil lewa itulah yang akan membawa penyesalan seumur hidup sedangkan sebarang kejadian tidak diingini boleh dielakkan awal-awal lagi.
Antara alasan yang diberikan dalam tinjauan rambang itu adalah jejantas terlalu jauh, malas hendak berjalan jauh, jejantas dibina terlalu tinggi dan jejantas tidak menghala ke tempat yang dituju.

Lebih menakutkan apabila ada antara mereka sanggup membawa bersama anak-anak melintas di bawah jejantas walaupun menyedari tindakan tersebut boleh mengundang padah.
Sebagai contoh, jejantas di Jalan Mahkota iaitu terletak berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan kerap berlaku kemalangan yang melibatkan pejalan kaki dan seharusnya masyarakat mengambil iktibar dengan apa yang berlaku.

Ditambah pula, jalan raya di kawasan jejantas tersebut yang mempunyai laluan empat lorong menyukarkan pejalan kaki untuk melintas dan ia jelas menunjukkan mereka langsung tidak memikirkan keselamatan diri sendiri.
Adakalanya, pengguna jalan raya terpaksa membrek dan memperlahankan kenderaan semata-mata untuk memberi laluan kepada pejalan kaki melintas yang secara tidak langsung boleh menyebabkan berlaku kemalangan.
Dalam situasi lain, ada kalangan mereka yang tidak bertanggungjawab bertindak membuka beberapa batang pagar besi yang dibina oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bertujuan menyekat orang ramai melintas di bawah jejantas tersebut.

Akibatnya, PBT menanggung kos kerugian tersebut dan keindahan bandar menjadi 'cacat' dengan pemandangan buruk sedemikian.
Walaupun PBT mengeluarkan arahan mengenakan kompaun sebanyak RM300 kepada mereka yang enggan menggunakan jejantas, ia sedikit pun tidak memberi kesan dan menyedarkan orang ramai.
Hanya segelintir daripada mereka yang memikirkan keselamatan dan berfikiran waras mematuhi peraturan tersebut.
Sikap negatif sedemikian seharusnya dielakkan kerana ia bukan sahaja membahayakan keselamatan tetapi merupakan pembaziran wang kerajaan.
Situasi seperti itu menjadikan kemudahan jejantas yang dibina dengan kos tinggi itu tidak ubah seperti 'gajah putih'.
Pihak berkuasa seharusnya lebih tegas menangani masalah berikut dan menyelenggara keadaan jejantas tersebut supaya sentiasa berkeadaan baik.

Kegagalan pejalan kaki menggunakan jejantas mencerminkan mentaliti masyarakat terhadap kemudahan awam masih rendah dan mereka hanya akan mematuhi peraturan apabila pihak berkuasa membuat operasi di kawasan itu.
Walaupun keengganan menggunakan jejantas itu sudah menjadi seperti satu budaya di kalangan masyarakat tetapi pihak berkuasa masih perlu membendungnya daripada berlarutan.
Mungkin MPK perlu mewujudkan sebuah pondok bit di kawasan itu supaya dapat memantau keadaan secara berterusan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar peraturan.

Dari sudut lain pula, ada penunggang motosikal mengambil jalan pintas dengan menggunakan jejantas untuk menyeberangi jalan bersama-sama dengan pejalan kaki.
Ini boleh mengundang insiden yang tidak diingini seperti kemalangan sesama penunggang atau pejalan kaki selain kejadian jenayah terutama samun dan cabul.

Sementara itu, seorang peniaga, Muzaruddin Ghazali, 41, berkata, dia terlalu kecewa dengan perkembangan tersebut, lebih-lebih lagi apabila berlakunya kemalangan di kawasan jejantas.
Apa yang lebih menyedihkan, katanya, perkara itu telah berlanjutan sejak sekian lama walaupun pihak penguat kuasa mengambil tindakan dengan mengenakan kompaun kepada mereka yang berdegil.

"Saya kesal kerana pernah terlihat ibu bapa memimpin anak-anak mereka melintas jalan di bawah jejantas. Pada waktu itu, keadaan trafik agak sesak dan saya lihat ada kenderaan yang terpaksa memperlahankan kenderaan mereka untuk memberi laluan kepada keluarga terbabit.
"Saya berharap pihak berkuasa ambil perhatian terhadap masalah ini dan saya cadangkan kepada PBT agar dapat melakukan sesuatu serta perubahan untuk menarik perhatian orang ramai menggunakan jejantas seperti menyediakan hiasan sepanjang laluan jejantas itu," ujarnya.

Bagi Rosmawati Sulong, 42, kerajaan mengambil inisiatif menyediakan laluan jejantas bagi memberi kemudahan kepada orang ramai untuk melintas jalan raya dengan lebih selamat dan tidak membahayakan nyawa.
Bagaimanapun katanya, keadaan berlaku sebaliknya apabila orang ramai memandang jejantas itu adalah satu perkara yang menyusahkan mereka apabila terpaksa memanjat anak-anak tangga yang memenatkan mereka.
"Bagi saya tindakan kompaun sudah cukup untuk mengajar mereka. Kita tidak mahu kemudahan ini hanya menjadi projek gajah putih walhal ia sepatutnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh orang ramai,'' katanya.
Seorang pekerja swasta, Noor Abd. Rahman, 62, berkata, dia pernah hampir terlanggar sekumpulan remaja yang sedang melintas jalan di bawah jejantas.

"Sebagai pemandu kita pula yang terpaksa berhati-hati setiap kali melalui kawasan terbabit kerana tidak dapat menjangka orang akan melintas di situ," katanya.

Tambahnya, pihak berkuasa perlu mewujudkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut seperti mengadakan kempen bagi menggalakkan orang ramai menggunakan kemudahan yang disediakan bagi menyelamatkan nyawa orang ramai.



Sumber penuh: Akhbar Utusan 

Sikap, Identiti & Masalah Pemandu Di Malaysia


Kita pernah dengar bahawa sikap pemandu di Malaysia berubah sama sekali dengan sikapnya sebelum memasuki kereta. Bila aje masuk kereta, pemandu Malaysia menjadi panas baran, tidak penyabar, kurang ajar dan macam-macam lagi. Berikut antara apa yang sy nampak tentang identiti pemandu Malaysia sepanjang 11 tahun pengalaman memandu kereta. Pendapat aje. Kalau ada nak tambah nanti boleh add kat komen ye.

Kesesakan terlampau : Pic. source from Mr. Google

Berbalik kepada tajuk entry kali nie "Sikap, Identiti & Masalah Pemandu Di Malaysia". Kita pernah dengar bahawa sikap pemandu di Malaysia berubah sama sekali dengan sikapnya sebelum memasuki kereta. Bila aje masuk kereta, pemandu Malaysia menjadi panas baran, tidak penyabar, kurang ajar dan macam-macam lagi. Berikut antara apa yang sy nampak tentang identiti pemandu Malaysia sepanjang 11 tahun pengalaman memandu kereta. Pendapat aje. Kalau ada nak tambah nanti boleh add kat komen ye. 

  1. Bila jalan jem, mesti ramai yang akan guna emergency lane. Orang lain boleh bersabar ikut barisan, tapi ade sesetengah yang tidak menghormati orang lain dengan memotong menggunakan emergency lane. Ini akan sebabkan keadaan bertambah sesak dan katakan ade accident kat depan (maybe penyebab kesesakan), pasti akan sukarkan ambulan dan pasukan penyelamat untuk ke tempat kejadian. Memang orang yang memotong di sebelah kiri nie menyusahkan dan membuatkan kita menyampah. Katakan nanti satu hari, diri sendiri yang accident dan sangat perlukan pasukan penyelamat dan ambulan untuk sampai cepat..mesti masa tu menyumpah-nyumpah pada orang lain memotong menggunakan emergency lane. Padahal diri sendiri pun sebelum nie same je. 
  2. Kalau hujan mesti nak hidupkan 'hazard light' atau lampu kecemasan. Menyalahgunakan lampu kecemasan. Atau memang dia rasa cemas bila hari hujan. 
  3. Kalau hujan, tak nak hidupkan lampu kereta. Lagi-lagi hujan lebat. Sure kalau tengok kat side mirror xkan nampak kete kat belakang. So, kalau pasang lampu at least orang depan boleh jugak nampak cahaya lampu kat cermin sisi dan cermin pandang belakang.
  4. Yang paling popular la. Sikap pemandu yang suka ambil tahu dan jaga tepi kain orang. Ade accident skit je tapi dia punye jem bukan main panjang lagi. Semuanya sebab pemandu perlahakan kenderaan sebab nak tengok kemalangan tu dan ade jugak yang sempat lagi nak ambil gambar. Ape punye dol la..hehehe, hangin nie sbb slalu lalu MRR2 dan MRR2 memang boleh dikatakan hari-hari ade accident.
  5. Bila masuk simpang pulak, memang ade yang pakai masuk je. Tak kira dah kenderaan lain. Memang mendatangkan marah kepada pemandu lain. 
  6. Satu lagi yang selalu sy nampak, ramai yang memandu sambil menggunakan telefon bimbit dan juga ada yang ber'sms' lagi. Ini akan mengurangkan fokus kepada jalan raya dan antara penyebab kepada kemalangan.Memang masalah dan identiti pemandu di Malaysia, suka guna telefon bimbit ketika memandu.
  7. Satu lagi masalah yang saya nampak adalah bila nampak je orang jual pau ke, durian ke, paper ke, nasik lemak ke...main suka-suka hati je berhenti tepi jalan and ade juga yang berhenti tengah-tengah jalan, mentang-mentang la jalan 2 lorong. Memang menjadi penyebab kepada kesesakan. 
  8. Sy paling x suka memandu kalau kenderaan kat belakang guna lampu tinggi dan juga lampu yang sangat terang. Memang menyakitkan mata sbb lampu kenderaan tu memantul ke mata melalui cermin sisi dan cermin pandang belakang. Memang menyakitkan hati.
  9. Pandu kenderaan perlahan dan macam siput di lorong laju. Ntah ape yang dia fikirkan ntah la.

Mmm...memang macam-macam sikap, identiti dan masalah negatif dengan pemandu-pemandu kat Malaysia nie. Kebanyakkannye memang sentiasa pentingkan diri sendiri hingga menyusahkan orang lain. Bila accident bergaduh, masing-masing nak menang. Tapi bila difikirkan punca dan penyebab kepada kemalangan tu sebenarnya boleh dielakkan jika semua pemandu berubah sikap dan berdisiplin di jalan raya. 

Berhati-hati di jalanraya. Ingatlah orang tersayang. Hidup hanya sekali. Jangan hilang nyawa di jalan raya.

Tabiat Pemandu Malaysia


Antara sikap-sikap pemandu di Malaysia yang selalu kita lihat adalah:

1.  Menggunakan telefon bimbit semasa memandu
o   Yang ni selalu nampak..Baik dekat jalan depan rumah, jalan kampung mahupun lebuhraya. Selalunya pemandu yang menggunakan telefon bimbit (w/o handsfree) ni akan drive slowly due to distraction (talking on the phone while concentrate to driving). Korang ikut jela bontot kereta tersebut sebab nak take over tak boleh sebab driver tersebut buat jalan tu macam jalan dia sendiri (I mean, dah lah drive slow then bawak tengah-tengah tak bagi orang take over). Kan sakit hati kalau korang kena macam ni. Apa salahnya korang stop kat bahu jalan to take the call or else tak payah jawab langsung (unless it is important). Untuk kebaikan bersama juga kan.)

2.  Tidak mematuhi lampu isyarat / salah faham maksud lampu isyarat:
o   Yang ni memang selalu sangat lah nak tengok dan kebiasaannya memang terjadi kat pemandu yang tidak sabar atau pemandu yang tengah rushing to somewhere. Kebanyakan pemandu kita memahami sebegini..
Ø  Hijau : Jalan (Selamat)
Ø  Kuning : Tekan minyak supaya sempat lepas dari tunggu lampu merah
Ø  Merah: Berhenti! Atau dalam sesetengah kes redah je kalau takde driver yang drive.
                  Sedangkan maksud sebenar lampu isyarat adalah:
ü  Hijau: Jalan sekiranya selamat (means takde kenderaan lain yang mengingkari lampu isyarat)
ü  Kuning: Sedia (untuk berhenti) / Lajukan kenderaan anda sekiranya telah melepasi garisan
ü  Merah: Berhenti!

Tak kurang juga ada sesetengah mat rempit luar sana yang menjadikan lampu isyarat sebagai isyarat permulaan game mereka.

3.  Tidak menggunakan signal dengan sebaiknya / tak guna langsung:
o   Kegunaan signal kenderaan adalah untuk memberitahu arah tuju kita supaya pemandu di belakang dapat mengambil tindakan mereka dengan segera. Kegunaan signal amat penting ketika ingin menukar arah, memotong, memasuki simpang, keluar simpang, keluar dari jalanraya atau memasuki semula jalanraya tetapi kebanyakan pemandu gagal menggunakan signal dengan sebaiknya. Situasi yang selalu kita lihat adalah ketika memasuki simpang, keluar simpang dan ketika menukar arah (lorong di lebuhraya). Kalau jumpa yang lagi tak makan saman.. Keluar simpang dah lah tak bagi signal and langsung tak berhenti! Main keluar macam tu je. Kalau dah berdentum, apa nak buat? Kan menyusahkan orang lain je macam tu! So, bagi la signal sekurang-kurangya tiga saat sebelum kita menukar arah supaya pemandu lain alert dengan keadaan kita.

4.  Meletakkan kenderaan di kawasan larangan / double parking:
o   Kita tidak sepatutnya meletakkan / menyalahgunakan parking yang disediakan khas untuk orang kurang upaya (OKU). Memang lah penat and waste time cari parking especially kat tempat yang banyak pengunjung tetapi janganlah sampai park kenderaan anda kat tempat yang tak boleh park sebab nanti menyusahkan orang lain. Janganlah nak senangkan hidup anda sahaja tetapi menyusahkan hidup orang lain. Satu lagi yang selalu kita lihat double parking belakang kereta orang lain. Dah lah double parking, handbrake tak lepas, no fon tak letak pulak tu. Hah! Macam mana orang tu nak keluar. Orang macam ni memang selfish! So janganlah buat macam tu ya sebab what goes around comes around :P .

5.  Menggunakan lorong kecemasan ketika dalam kesesakan di lebuhraya:
o   Yang ni selalu jugak kita jumpa especially masa jammed yang teruk kat highway. Ada segelintir pemandu yang tidak sabar dan mementingkan diri sendiri akan menggunakan lorong kecemasan untuk potong quque pemandu lain. Haih! Orang lain pun sangkut jugak tapi takde la sampai guna lorong kecemasan untuk potong quque then dah kat depan buat muka seposen nak masuk balik dalam lorong. Hah! Nasib lah kalau ada yang nak bagi korang masuk. Kalau takde, then ada pulak kenderaan ‘(VIP)’ [JPJ, Kastam, Ambulans, Polis or whatsoever] lalu..mendapat lah korang jawabnya!

6.  Terlebih prihatin:
o   Ni memang jelas kelihatan ketika berlakunya kemalangan jalanraya. Walaupun yang terlibat dalam kemalangan itu hanyalah dua buah kenderaan dan tidak berapa teruk tetapi ramai pemandu yang akan memperlahankan kenderaan mereka untuk melihat kejadian tersebut dan bukannya mahu membantu maka kesesakan berlaku sepanjang 10km sebelum kawasan kemalangan. Orang belakang yang tak tahu apa-apa ingat besar sangat lah kemalangannya tetapi bila sampai kat kawasan kemalangan memang sakit hati bila tengok kemalangan yang berlaku tak lah besar mana tapi jammed sampai 10km kerana pemandu-pemandu lain yang memperlahankan kenderaan. So, hope dapat lah tukar mentality masyarakat kita supaya terus meneruskan perjalanan dan tidak memperlahankan kenderaan untuk melihat sesuatu kemalangan.

7.  Mengekori kenderaan di hadapan dengan dekat / cucuk angin:
o   Yang ni selalu kita lihat dekat lebuhraya dan pemandu yang cucuk angin ni selalunya pemandu kenderaan mewah. Bukan nak kata apa..Tapi fact. Saya sendiri pernah naik kereta kawan saya yang boleh dikatakan mewah dan sememangnya dia suka cucuk angin. Sekiranya kenderaan di hadapan tidak memberikan laluan kepadanya maka dia akan menyalakan lampu tinggi dan memberikan signal ke kanan untuk memberitahu bahawa dia ingin memotongnya. Sekiranya pemandu di hadapan enggan juga memberi laluan maka sifat kurang asam nya akan muncul dengan memotong kenderaan tersebut di sebelah kiri menggunakan lorong pandu perlahan dan masuk semula ke lorong memotong. See, mentang-mentanglah cc dia tinggi, takkan tak boleh sabar sikit. Kalau tetiba dia brake emergency..kan dah naya nak bayar kalau berdentum!

8.  Tidak memandu mengikut lorong yang sepatutnya di lebuhraya:
o   Hahh! Kalau jumpa pemandu macam ni memang sakit hati sangat. Sudahlah pandu perlahan, tetapi mahu pandu di lorong pandu laju. Yang memandu laju pula mahu memandu di lorong memotong. So, yang memotong nak pandu lorong mana? Kesudahannya pemandu yang ingin memotong terpaksa menggunakan lorong pandu pelahan dan masuk semula ke lorong memotong. Hahh! Sakit tak hati korang kalau korang kena follow bontot pemandu yang tak faham konsep 3 lorong di lebuhraya ni? Geram je rasa. So, pandulah ikut lorong masing-masing dan jangan menyusahkan orang lain okayyy :D

9.  Menukar lorong di kawasan tol:
o   Yang ni jarang nampak sebab jarang masik kawasan tol tapi pasti berlaku punya. Bila dah tahu yang anda nak masuk kawsan tol, bersedialah nak masuk lorong yang mana satu so stay jela kat situ..Ni tak..terkial-kial nak masuk lorong orang lain bila tengok quque dia lagi pendek dari sendiri punya quque. Apalah salahnya sabar. Perbuatan ni boleh mengundang bahaya kerana pemandu yang berada di belakang berkemungkinan tidak bersedia untuk menerima pertukaran lorong anda.

10.      Kenderaan dari jalan susur yang hendak masuk ke jalan utama:
o   Kebanyakan pemandu si Malaysia ni kurang kesedaran dalam hal ini. Memanglah kenderaan yang datang dari jalan susur perlu memberi laluan kepada kenderaan yang berada di jalan utama tetapi kenderaan yang berada di jalan utama jangan lah sombong tak bagi laluan kat kenderaan dari jalan susur untuk masuk..Sudahlah orang tu dah bagi signal nak masuk, tetapi kita buat tak tahu je. Cuba letak kita kat tempat dia. Ingatlah.. Jalanraya tu dikongsi bersama bukannya untuk anda seorang sahaja!

11.      Kenderaan bersusun panjang di belakang kenderaan berat:
o   Yang ni selalu Nampak dekat jalan kampung. Yela, tak macam lebuhraya ada lorong untuk memotong..tetapi hanya jalan biasa dan mungkin sempit untuk memotong kenderaan di hadapan. Kalau kenderaan biasa mungkin berani juga nak memotong sekiranya boleh memotong..tetapi, kalau lori ke..bas ke.. berani nak potong? Silap haribulan..nyawa anda yang terpotong! Kebiasaan pemandu kenderaan berat ni sombong keranan kenderaan mereka besar jadi mereka tidak perlu fikir tetang pengguna jalanraya yang lain (dalam bahasa kasar kurang ajar lah).. Jalan sempit..Kenderaan yang dipandu perlahan..Kereta kat belakang bersusun 5km dok ikut bontot dia.. Apalah salahnya jika pemandu kenderaan berat ni pandu ke kiri sedikit agar terbuka sedikit ruang untuk memotong..jadi tidaklah panjang benar ‘ekor’nya.

12.      Memandu laju dengan keadaan yang membahayakan (mat         rempit):
o   Hm. Sedikit kontroversi pula kalau tulis pasal ni tapi fakta pun. Memang wujud mat rempit kat Malaysia ni. Biasanya mereka ni akan memandu laju dalam keadaan yang membahayakan diri mereka sendiri dan juga pengguna jalanraya yang lain. Mereka akan mempamerkan aksi-aksi stunt mereka seperti wheelie (angkat tayar depan), wikang (angkat tayar belakang), kapal layar (pembonceng akan pergi ke kiri dan penunggang akan pergi ke kanan), superman (aerodynamic shape) dan macam-macam lagi. So, semua ni meningkatkan peluang untuk terlibat dalam kemalangan!

Bas Rombongan Sekolah Rempuh Treler




20 Jun 2014
Muar: Seorang guru patah tangan manakala muridnya patah kaki kanan apabila bas rombongan dinaiki mereka dari Kuala Lumpur hala selatan merempuh sebuah treler di Kilometer 48.4 Lebuhraya Utara-Selatan dekat sini pada 1.15 pagi tadi.

Pemandu bas berkenaan pula patah kaki kiri.

Kemalangan dipercayai berpunca daripada pemandu bas gagal memintas treler dan menyebabkannya merempuh belakang kenderaan berkenaan.

Bas itu dalam perjalanan pulang ke Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Raja, Batu Pahat dan membawa semua penumpang perempuan manakala sebuah lagi bas rombongan yang berada di belakang membawa guru dan murid lelaki.

Semua penumpang yang tidak cedera dipindahkan ke bas kedua manakala semua mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk rawatan lanjut.

Sumber: Facebook

Sumber:
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Gurupatahtangan_muridpatahkaki/Article/index_html

9 SEBAB KENAPA PEMANDU MALAYSIA PALING TERUK DI DUNIA





Terdapat banyak sebab mengapa rakyat asing menganggap rakyat Malaysia sebagai pemandu paling teruk di dunia. Jika kita mengkaji secara mendalam mengapa kita sebagai pemandu-pemandu di Malaysia dianggap begitu oleh rakyat asing, pastinya antara sebab tersebut ialah:
1) Disiplin yang lemah di kalangan pemandu
Disiplin yang lemah menyebabkan ramai pemandu di Malaysia mengabaikan undang-undang di jalan raya. Contohnya seperti apabila menghadapi lampu isyarat merah, terdapat beberapa yang memilih untuk mengabaikannya dan sekaligus melanggarnya. Telah banyak berlaku kemalangan-kemalanga maut akibat daripada tindakan melanggar lampu isyarat merah ini.
2) Tidak mematuhi lampu isyarat
Sekali lagi, disebabkan disiplin yang lemah, pemandu-pemandu dan penunggang motosikal lebih cenderung untuk mengabaikan lampu isyarat. Ini merupakan satu lagi contoh di mana pemandu tidak mengikuti lampu isyarat. Jika diperhatikan terdapat beberapa kenderaan yang pada mulanya berhenti ketika lampu merah akan bergerak kerana sudah tidak sabar lagi untuk menunggu terlalu lama. Sikap tidak sabar di lampu isyarat ini cukup berbahaya. Kemalangan-kemalangan boleh berlaku dengan mudah. Pemandu kereta adalah dinasihatkan untuk berfikir dengan berhati-hati mengenai ini.
3) Memotong di sebelah kiri jalan
Memotong di sebelah kiri jalan tidak dibenarkan kerana ia berbahaya. Tetapi pemandu-pemandu Malaysia kelihatan gemar untuk menggunakan cara ini ketika memandu. Selalu kita lihat penunggang motorsikal yang gemar untuk memotong di sebelah kiri jalan.
4) Memandu terlalu laju
Walaupun terdapat papan tanda had laju di sepanjang jalan raya, tidak ramai yang mematuhinya. Kebiasaannya had laju untuk lebuhraya-lebuhraya persekutuan ialah 80 atau 90 kilometer sejam manakala lebuhraya-lebuhraya yang menghubungkan antara negeri-negeri di Semenanjung Malaysia seperti Lebuhraya Utara Selatan, had lajunya ialah 110 kilometer sejam. Banyak kes kemalangan maut yang berlaku di negara ini adalah akibat daripada memandu terlalu laju. Oleh itu, sila patuhi had laju. “Biar Lambat Asal Selamat”.
5) Tidak berhenti di persimpangan
Ramai pemandu dan penunggang motosikal mempunyai satu kecenderungan untuk tidak berhenti di persimpangan. Terutamanya di simpang jalan yang tidak mempunyai lampu isyarat walaupun terdapat papan tanda “Berhenti” di situ. Cara sebegini mudah mengakibatkan kemalangan. Alangkah bagusnya jika semua pemandu di Malaysia dapat berhenti terlebih dahulu ketika di persimpangan. Kemudia lihat kiri dan kanan jalan, jika tiada kenderaan barulah anda boleh meneruskan perjalanan. Dengan ini sekaligus dapat mengurangkan kadar kemalangan.
6) Tidak memakai topi keledar
Walaupun terdapat satu undang-undang yang memerlukan penunggang dan pembonceng motosikal untuk memakai topi keledar, masih ramai yang tidak mengendahkannya terutama sekali di kampung-kampung dan kawasan pedalaman. Setiap tahun banyak kes kemalangan maut yang berlaku adalah melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal. Kerajaan telah melancarkan banyak kempen untuk menggalakkan orang awam untuk memakai topi keledar. Baru-baru ini dalam satu kempen, sejumlah 135,000 topi keledar telah diberikan secara percuma kepada penunggang motosikal.
7) Kegagalan untuk menggunakan isyarat bila membelok
Penggunaan isyarat-isyarat dan penunjuk-penunjuk bila membelok adalah penting. Ia sebagai petunjuk kepada kenderaan lain di belakang dan hadapan anda. Kegagalan pemandu memberikan isyarat secukupnya ketika memasuki simpang mungkin akan menyebabkan anda dirempuh dari belakang oleh pemandu lain.
8) Memotong di garisan-garisan berkembar
Memotong di garisan-garisan berkembar adalah tidak dibenarkan sama sekali. Oleh          itu, jangan sesekali melakukannya kerana ianya amat berbahaya. Kebiasaannya garisan-garisan berkembar ini ada di selekoh-selekoh tajam. Pemandu sama sekali tidak dapat melihat dengan jelas kehadiran kenderaan di hadapan. Ini juga merupakan faktor utama banyak kemalangan jalan raya berlaku di Malaysia.
9) Gagal berhenti di lintasan pejalan kaki
Di Singapura , kegagalan pemandu untuk berhenti di lintasan pejalan kaki ketika ada yang mahu melintas adalah satu kesalahan yang serius. Walaubagaimanapun, di Malaysia pemandu-pemandu lebih gemar untuk meneruskan perjalanan walaupun melihat ada pejalan kaki yang mahu melintas di lintasan tersebut. Sikap ini cukup mengecewakan kerana ianya tidak menunjukkan rasa bertimbang-rasa dan bertanggungjawab di kalangan pemandu di negara ini.

KESAN VANDALISME TERHADAP PAPAN TANDA JALAN RAYA




Assalamualaikum dan salam sejahtera, dalam artikel ke-3 ini saya akan membentangkan kesan buruk vendalisme terhadap papan tanda dan tempiasnya kepada nyawa dan keselamatan seseorang. 

Kita sedia ada tahu bahawa papan tanda yang telah disediakan oleh pihak berkuasa bertujuan untuk memudahkan pengguna jalan raya mengetahui arah yang ingin dituju, had laju sesuatu kawasan dan sebagainya.

Namun, wujud pula individu/kumpulan2 yang tidak bertanggungjawab mencuba untuk merosakkannya. Mengikut kajian saya, terdapat tiga punca utama berlakunya hal sedemikian. Yang pertama adalah untuk melepaskan geram, selain itu hanya untuk kepuasan hati semata-mata dan yang terakhir adalah untuk mencari keuntungan.

Saya pasti punca yang pertama dan kedua anda sudah ketahui maksudnya. Maka saya akan terus bergerak kepada punca yang ketiga melalui situasi di bawah :

Seorang pemandu van ambulan berkata,  

"“Tengok sendiri, kereta di depan bukannya nak beri laluan. Lambat ke tepi, macam mana kami nak pastikan ambulans cepat sampai. “Cuba lihat papan tanda jalan itu. Macam mana kita nak baca kalau penuh pelekat iklan. Sebab itu susah nak jumpa lokasi.”"

Adakah anda faham maksud saya melalui situasi di atas? Ya. Salah satu punca utama papan tanda sukar dibaca dan difahami adalah wujudnya iklan-iklan dan poster berkaitan perniagaan di papan tanda terbabit. Sudah pasti mereka yang menampal iklan-iklan sebegini hanya untuk mencari keuntungan semata-mata tanpa memikirkan keselamatan dan nyawa seseorang. 

Islam sendiri menghalang dan menegah perbuatan vandalisme yang boleh dikategorikan sebagai perbuatan fasad (kerosakan) seperti mana yang ditegaskan di dalam al-Quran di mana Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya”(Al Baqarah: ayat 11-12)
Program dan dialog perlu dianjurkan bagi mendidik orang ramai menghargai papan tanda arah dan kemudahan awam secara amnya. Selain itu,peranan agensi yang bertanggungjawab perlu dalam meningkatkan kualiti papan tanda arah di negara kita memandangkan pentingnya tanda arah yang jelas di suatu tempat. Sama-samalah kita menjaga kemudahan bersama kerana papan tanda tunjuk arah adalah penting.

Contoh Papan Tanda Jalan Raya

Semua pemandu hendaklah sentiasa mematuhi tanda-tanda isyarat dan peraturan-peraturan jalan raya yang ditetapkan untuk mempastikan keselamatan terjamin. Oleh itu amat penting untuk mempelajari, mengetahui dan memahami makna setiap tanda-tanda isyarat lalu lintas yang digunakan dijalan raya sepertimana yang telah dikategorikan di bawah Kaedah 5 Kaedah Lalulintas 1985.